Assalamualaikum bakal rider yang sedang melawat page ini. Diharap semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya😇.
Aku tau kebanyakan student atau anak-anak muda zaman sekarang ni lagi-lagi yang menetap di kota metropolitan ni gemar untuk mencari kerja sampingan bagi menjana pendapatan demi kelangsungan hidup betul tak?
Ada yang jenis memang sangat-sangat memerlukan duit kerana datang dari keluarga yang susah. Ada juga yang saja nak cari kerja part time untuk mengisi masa lapang atau sebegai hobi yang menjana duit betul tak?
So basically aku nak perkenalkan diri aku dulu. Actually aku ni student lagi yang masih menuntut pelajaran di kota Kuala Lumpur. Aku merupakan siswa guru (student yang sedang belajar nak jadi cikgu) di sebuah Institut Pendidikan Guru di dalam kota Kuala Lumpur. So nak dipendekkan cerita, kos persendirian aku semasa aku sedang menuntut ilmu di sana adalah seperti membayar rumah sewa, membeli buku, duit minyak transport, beli barang assignment dan macam-macam lagi la. Haa... kos makan untuk isi perut jangan lupa😂😂.
Soo, aku ni jenis rajin la jugak usha-usha kerja part time dekat fb, mudah,my dan kat google juga. Satu hari tu, dipendekkan cerita aku terusha la satu posting kat fb di mana menceritakan tntg bekerja sebagai rider di bawah company LALAMOVE. Yang pasti, kerja rider LALAMOVE ni fleksibel, kau nak kerja kau on apps kalau tanak kerja kau off apps, senang buat duit rm 100 sehari dan kerja kau just ambik parcel dan hntr parcel kat costumer (macam despatch barang ler).
So aku apa lagi, tanpa membuang masa aku usha la kat google apa ni lalamove dan hari yang sama gak aku daftar. Btw nak bagitau transport aku semasa belajar kat KL cuma motor EX5 high power je ek anak-anak. Lepas aku dah isi form then aku pilih untuk training lalamove tu secara online. Nk jadi rider lalamove ni kene training dulu, ala benda ni setakat cukup syarat je. Kau diberi dua pilihan sama ada nak training online atau nak training kat centre lalamove (face to face).
So disebabkan aku student then ad kengkangan masa la sikit nak pergi centre bagai, aku prefer la training online dan hari yang sama aku aku isi form dkt https://www.lalamove.com/malaysia/kualalumpur/en/driver dan hari yang sama aku training online (tengok video dan jawab kuiz berapa soalan tah aku tak ingat tapi skit je).
So rezeki aku tunggu dalam 3 hari, lalamove approved aku untuk menjadi rider, Yeayyyyy. Kegembiraan aku tu tak terkata la sbb aku ni seorang teruna yang sangat menghargai peluang. So keesokkan harinya aku gi on apps lalamove, start motor dan cedok order hahahaha.
Nak tau berapa gaji hari pertama aku time tu? Haa tengok part 2 hihihi